Friday, October 3, 2014

ayam tikka masal

Ayam tikka masala

Image044



 

Bahan-bahan ( 4 org )

  • **utk perap ayam**
  • 4 tbsp fresh yogurt
  • stgh cwn daun ketumbar (hiris)
  • 3-4 biji bawang putih
  • 2" halia
  • 3-4 tbsp garam masala
  • 3/4 biji lemon (ambil jus)
  • ayam bahagian dada dan bahagian berisi dari seekor ayam (potong kiub 2")
  • 25g rempah ayam tikka
  • 2-3 tbsp campuran serbuk ketumbar dan jintan
  • **utk gravy**
  • 1 biji bwg besar (potong dadu)
  • 2-3 biji bwg putih (tumbuk/ptg dadu)
  • 2 biji tomato saiz sederhana (ptg dadu)
  • 4 biji cili hijau (belah,buang biji dan potong 2)
  • 2 tbsp tomato puree
  • 1 1/2 tbsp garam masala
  • 1 tbsp serbuk paprika (optional)
  • 1 tbsp cili boh/serbuk cili
  • 3-4 tbsp santan pekat
  • 2 tbsp serbuk almond
  • garam, ajinomoto,gula secukup rasa
  • gajus sebagai hiasan
  • sedikit rempah tumis
  • 3-4 tbsp ghee utk menumis
  • #3 tbsp baki bahan perap

Cara-cara

  1. **utk perap**
  2. blendkan semua bhn perap (kecuali yogurt).
  3. masukkan dlm mangkuk,masukkan ayam dan yogurt.gaul rata.simpan dlm peti sekurang2nya 4 jam (overnight lg bagus)
  4. bila dah cukup perap,grillkan ayam tersebut dan keep aside (baki perapan jgn dibuang..bule di gune dlm gravy)
  5. **utk gravy**
  6. dalam periuk lain, tumis rempah tumis.
  7. masukkan bwg besar,bwg putih.tumis sampai naik bau
  8. masukkan tomato,cili hijau,tomato puree,garam masala dan cili boh.masak sampai tomato lembut dan hampir hancur
  9. jika terlalu kering,boleh tambahkan sedikit air.kemudian masukkan srbuk almond.kacau rata.
  10. masukkan 3 tbsp dr baki bhn perap
  11. masukkan ayam yg dah di grill.kemudian masukkan santan
  12. garam,gula dan ajinomoto secukup rasa.kemudian boleh hias dgn gajus
  13. **tip: utk smokey tikka masala, buatkan satu mangkuk kecil menggunakan aluminium foil.masukkan seketul arang yg membara dlmnya.kemudian, letakkan 'mangkuk aluminium' dlm periuk td.tutupkan periuk cepat2 dan biar lbh kurang 5 minit.kemudian boleh kluarkn 'mangkuk aluminium tu..dan hidangkan

No comments:

Post a Comment