Friday, October 3, 2014

sup ayam iondian style

Sup ayam

indian style
Sup_ayam_mamak_087





 

Bahan-bahan ( seisis keluarga )

  • ayam secukupnye - dipotong2 ikut suka anda besar mana
  • 2 sb ginger paste ( campuran halia dan bawang putih yg dah siap diblender). boleh lebihkan sukatannya utk dapatkan rasa kuah sup yg lebih pekat.
  • 1 tangkai daun kari - tak nak letak pun tak pe. iris jarang letak
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 1 biji tomato - belah 4
  • 3/4 sk serbuk kunyit ( atau sikit lagi dari ni. ujung2 sudu je. ni sbgai pewarna je)
  • 1/2 sk serbuk ketumbar (boleh dilebihkan jugak utk pekatkan lagi rasa kuah sup ni sebijik cam kat restoran tu)
  • 3/4 sk serbuk kas - kas
  • minyak utk menumis
  • air secukupnya ( 5 cawan)
  • garam secukupnya
  • 2 tangkai daun ketumbar - hiris2

Cara-cara

  1. tumis ginger paste, bawang besar, daun kari, tomato hingga naik bau
  2. dah naik bau, masukkan serbuk kas kas, serbuk kunyit dan ketumbar. tumis lagi dalam 1 minit.
  3. masukkan plak ayam dan kentang. kacau dan biarkan dalam 1 minit. pas tu masukkan setengah cawan air dulu. biarkan hingga mendidih. ni nak bagi perisa kuah tu masuk kat dalam ayam. masak dgn api perlahan dan sementara tunggu mendidih, tutup periuk tu dgn penutupnya. ni sekadar petua nak bgi lagi sedap kot. sebab tok guru ajar cam ni. tok guru kalu masak, siap tak boleh bukak kipas. dia kata nanti api tu tak balance sebab kena angin. pehhhh...agak tu kot dia masak sedap..he,,he
  4. dah mendidih masukkan baki air dan letak garam. biarkan sampai ayam dan kentang empuk dan masak. tutup api dan taburkan daun ketumbar. siappppp....makan panas2 bes.

No comments:

Post a Comment