Friday, October 3, 2014

PERIA TELUR ASIN BERLADA

PERIA TELUR ASIN BERLADA
Resepi Oleh : Aeini 
Rujukan : Ayu

Resepi asal Aeini menggunakan peria katak. Peria katak ni dia agak kecil dan lebih mengerutu kulitnya. Ita pula menggunakan peria biasa yang besar. Ita hanya guna 1 biji peria yang sederhana besar sahaja. 

4 biji peria katak ~ belah 2 buang biji tengahnya dengan sudu. Kemudian hiris nipis. Rendam sebentar dalam air garam selama 20 minit.
1 biji telur masin
1 biji cili merah ~ di hiris
1 biji cili hijau ~ di hiris
5 biji cili padi ~ belah 2 
Sedikit minyak untuk menumis
garam secukup rasa

Bahan kisar

1 sudu teh udang kering ~ rendam lembut dan kisar ( boleh gantikan sedikit belacan atau ikan bilis)
3 ulas bawang merah ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
5 biji cili padi ~ kisar



Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar hingga harum
Ketepikan bahan rencah dan pecahkan telur asin. Pecahkan kuning telur yang keras. Kacau rata
Sebatikan dengan rencah tadi
Masukkan cili merah, cili hijau dan cili api
Perasakan dengan garam secukup rasa
Masukkan sayur peria
Kacau rata

Berhati-hati di dalam penggunaan garam kerana telur asin dah ada masinnya.
Sedia di hidangkan 


No comments:

Post a Comment