3 cawan beras basmathi
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan, siat 2 dan simpul
1 batang serai di titik
1 inc halia di hiris kasar
4 ulas bawang merah di hiris
2 ulas bawang putih di hiris
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak jagung
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh maggi secukup rasa
Pewarna kuning telur
Rempah tumis
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum cengkit
3 biji pelaga
Ita menggunakan beras Pusa Gold dari Jasmin, beras basmathi ekstra panjang. Ita suka beras jasmin kerana rasanya sedap dan lembut. Anda boleh juga guna beras basmathi keluaran Faeza
Beras kita cuci dan rendam dahulu selama 20 minit.
Kemudia beras di tapis dan di toskan
Sekarang kita boleh mula sediakan bahan-bahan untuk memasak nasi
Hiris dahulu bawang putih dan bawang merah
Hiriskan juga halia kasar-kasar. Ita suka hiris halia kasar supaya mudah ita nak asingkan bila nasi dah masak nanti.
Titik dahulu seai dan simpulkan daun pandan
Seperti biasa ita akan memasak menggunakan periuk nasi, kalau masak dengan jumlah tak banyak dalam periuk nasi ni dah ok! lagi pun ianya mudah dan ringkas
Jom kita mula memasak!
No comments:
Post a Comment