sikit!
RESEPI KEK COKLAT KUKUS LEMBAB CHEF ZUBAIDAH
Bahan-bahan:
- 100g Serbuk Koko*
- 200g Gula pasir*
- 1 tin Susu sejat*
- 200g Minyak Masak Sayuran*
- 250g Susu Pekat*
- 4 biji Telur gred A - pukul sehingga berbuih
- 150g Tepung Gandum
- 1 st Soda Bikarbonat
- 1st Baking Powder
Cara:
- Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya.Tak payah sampai menggelegak/mendidih.
- Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk. Gaulkan bahan2 kering & campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
- Masukkan ke dalam loyang.Bakar hingga masak.Suhu bergantung pada jenis oven. Kek ini juga boleh dikukus
- Sejukkan dahulu sebelum dihiaskan dengan icing atau ganache.
Bila kek dah sejuk bolehlah di potong dua bahagian seperti di atas. Sebenarnya Amie hendak paparkan langkah demi langkah tapi tak ada juru kamera yang boleh membantu, jadi mana yang dapat sajalah ye, silap-silap karang kamera pula yang kena deko dengan freshcream!
Untuk bahagian tengah kek, Amie gunakan lapisan keju seperti dalam resepi yang Amie pernah gunakan untuk membuat American Brown Cheese Cake sempena ulang tahun Fuad dua minggu lepas.
Lapisan Keju:
280 gram krim keju
35 gram mentega
80 gram gula
1 biji telur gred A
40 gram serbuk milo
8 gram gelatin
40 gram air
Cara:
1. Double boil gelatin dan air.
2. Putar krim keju bersama mentega dan gula kastor dengan kelajuan sederhana sehingga campuran menjadi licin.
3. Masukkan Bahan gelatin yang telah dimasak secara double boil, telur dan serbuk milo. Tukarkan kelajuan rendah dan putar selama 1 minit.
4. Tuangkan ke atas kek dan sejukkan selama 1/2 jam di bahagian sejuk beku.
No comments:
Post a Comment